Hari bertemu pelanggan Perbadanan Labuan Akan diadakan pada 5 April 2014 bertempat di pentas terbuka ujana kewangan...pelbagai aktiviti Akan diadakan..jom beramai-ramai Kita memeriahkan program tersebut..... Semaikan Budaya Membaca..... Bangs Membaca..... Bangsa Berjaya.....

Tuesday, January 29, 2013


PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2013
ANJURAN PERPUSTAKAAN AWAM LABUAN 
DENGAN KERJASAMA
BANK MUAMALAT

JOM RAIKAN BERSAMA!!!

BORANG BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERKIDMATAN 
PERPUSTAKAAN AWAM LABUAN BERMULA
31 / 01 / 2013 SEHINGGA 14 / 02 / 2013

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI DI TALIAN
087-581826

Thursday, April 26, 2012

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER

BERITA PD :

2 April 2012 : Satu bengkel anjuran Perpustakaan Awam Labuan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Zon 1 w.p labuan telah mengadakan bengkel asas pusat sumber dan pengurusan perpustakaan yang diadakan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.seramai 60 orang peserta termasuk kakitangan PD telah menghadirkan diri dalam bengkel tersebut.

Antara pengisian dalam bengkel tersebut ialah pengurusan asas perpustakaan,baikpulih buku,rekod buku dan beberapa lagi aktiviti lain disertakan.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat kepada para peserta berkenaan dengan bidang kepustakawan

Bengkel seumpana ini diharap akan dapat memberikan pendedahan secara asas kepada semua pelajar yang mengikuti bengkel tersebut disamping membantu meningkatkan mutu perkhidmatan sekolah dan pihak perpustakaan awam labuan sendiri.










Sunday, April 22, 2012

info islam

BAGAIMANA ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN
( sumber : SOLUSI isu 39 )

Keimanan :
kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain.Passakan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap.Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

Tadabbur :
Benar,kita tidak ada daya untuk melihat Allah,tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah.Lihatlah alam yang terbentang luas.Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh dihidupkan,inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.

Zikir :
Allah S.w.t berfirman yang bermaksud : ( iaitu ) orang ynag beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah,ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang : surah al-rad 13:28

Berimaginasi :
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah.Ada sungai dan susu yang mengalir,dilayan dengan bidadari yang cantik,tiada sedih,dan buruk sangka.Semuanya menggambarkan ketenangan.Fikirkan,layakkah kita menjejaki ke sana?bagaimana harus kita kesana?syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

Doa :
Besa antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa.doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.Allah S.W.T berfirman :yang bermaksud : " dengan tuhan kamu berfirman : berdoalah kamu kepada -Ku,nescaya akan Aku perkenankan doa dan permohonan kamu.sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina: surah al,mu"min 40:60.

Friday, April 6, 2012

Karnival KAMU UMS 2012

KARNIVAL KAMU UMS 2012

29 & 30 Mac 2012 : karnival KAMU UMS 2012 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di dewan UMSKAL labuan.Terdapat pelbagai program dijalankan sepanjang program ini berlangsung.Pihak Perpustakaan awam labuan dengan Perpustakaan Desa turut tidak ketinggalan dalam menyertai program tersebut.Pihak PAL & PD zon 1 tidak ketinggalan menyertai program tersebut,antara aktiviti yang dijalankan iala pameran buku,gambar-gambar sejarah perbadanan labuan,sejarah perpustakaan awam,sejarah Taman damai dan banyak lagi.Tidak juga ketiggalan aktiviti pertandingan meneka jumlah muka surat buku.Selain daripada PAL & PD,terdapat juga jabatan-jabatan lain yang menyertai program tersebut seperti TELEKOM,PDRM,Agensi Anti Dadah Negara,dan CIMB.
sehubungan itu,semoga program seperti ini akan menjadi salah satu program yang memberi manfaat dan menjadi medan perkongsian kepada semua pihak.