Thursday, April 26, 2012

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER

BERITA PD :

2 April 2012 : Satu bengkel anjuran Perpustakaan Awam Labuan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Zon 1 w.p labuan telah mengadakan bengkel asas pusat sumber dan pengurusan perpustakaan yang diadakan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.seramai 60 orang peserta termasuk kakitangan PD telah menghadirkan diri dalam bengkel tersebut.

Antara pengisian dalam bengkel tersebut ialah pengurusan asas perpustakaan,baikpulih buku,rekod buku dan beberapa lagi aktiviti lain disertakan.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat kepada para peserta berkenaan dengan bidang kepustakawan

Bengkel seumpana ini diharap akan dapat memberikan pendedahan secara asas kepada semua pelajar yang mengikuti bengkel tersebut disamping membantu meningkatkan mutu perkhidmatan sekolah dan pihak perpustakaan awam labuan sendiri.










Sunday, April 22, 2012

info islam

BAGAIMANA ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN
( sumber : SOLUSI isu 39 )

Keimanan :
kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain.Passakan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap.Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

Tadabbur :
Benar,kita tidak ada daya untuk melihat Allah,tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah.Lihatlah alam yang terbentang luas.Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh dihidupkan,inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.

Zikir :
Allah S.w.t berfirman yang bermaksud : ( iaitu ) orang ynag beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah,ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang : surah al-rad 13:28

Berimaginasi :
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah.Ada sungai dan susu yang mengalir,dilayan dengan bidadari yang cantik,tiada sedih,dan buruk sangka.Semuanya menggambarkan ketenangan.Fikirkan,layakkah kita menjejaki ke sana?bagaimana harus kita kesana?syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

Doa :
Besa antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa.doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.Allah S.W.T berfirman :yang bermaksud : " dengan tuhan kamu berfirman : berdoalah kamu kepada -Ku,nescaya akan Aku perkenankan doa dan permohonan kamu.sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina: surah al,mu"min 40:60.

Friday, April 6, 2012

Karnival KAMU UMS 2012

KARNIVAL KAMU UMS 2012

29 & 30 Mac 2012 : karnival KAMU UMS 2012 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di dewan UMSKAL labuan.Terdapat pelbagai program dijalankan sepanjang program ini berlangsung.Pihak Perpustakaan awam labuan dengan Perpustakaan Desa turut tidak ketinggalan dalam menyertai program tersebut.Pihak PAL & PD zon 1 tidak ketinggalan menyertai program tersebut,antara aktiviti yang dijalankan iala pameran buku,gambar-gambar sejarah perbadanan labuan,sejarah perpustakaan awam,sejarah Taman damai dan banyak lagi.Tidak juga ketiggalan aktiviti pertandingan meneka jumlah muka surat buku.Selain daripada PAL & PD,terdapat juga jabatan-jabatan lain yang menyertai program tersebut seperti TELEKOM,PDRM,Agensi Anti Dadah Negara,dan CIMB.
sehubungan itu,semoga program seperti ini akan menjadi salah satu program yang memberi manfaat dan menjadi medan perkongsian kepada semua pihak.

Friday, February 10, 2012

Pertandingan Bercerita 2012


Labuan : sempena menyambut sambutan hari wilayah persekutuan labuan,putrajaya dan kuala lumpur..satu pertandingan anjuran perpustakaan awam labuan dan kerjasama perpustakaan desa zon 1 w.p labuan akan diadakan 1 pertandingan bercerita peringkat labuan.Pertandingan ini diadakan pada 12 febuari 2012 dan 19 febuari 2012.Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori tahap 1 ( 7 - 9 tahun ) dan kategori tahap 2 ( 10 - 12 tahun ).Pertandingan ini akan di adakan di tingkat bawah ruangan kanak-kanak perpustakaan awam labuan.seluruh warga labuan dijemput menyertai mengikut kategori masing-masing.Borang penyertaan adalah PERCUMA dan boleh didapati di kaunter-kaunter bahagian kanak-kanak,dewasa,multimedia dan di tiga buah perpustakaan desa ( PD Sngai labu,PD durian tunjung dan PD lajau ).sebarang pertanyaan bolehlah diajukan sama ada menghadirkan diri ke kaunter perpustakaan atau hubungi talian 087-581826 waktu pejabat.

Tuesday, February 7, 2012

AKTIVITI 2011

ANTARA PROGRAM YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2011
KERJASAMA ANTARA PERPUSTAKAAN AWAM LABUAN
&
PERPUSTAKAAN DESA ZON 1 LABUAN

PROGRAM PINTU KE PINTU
TABIKA SUNGAI LADA

TAKLIMAT & PERKONGSIAN MAKLUMAT KIK
KEPADA JUPEM LABUAN

PERBINCANGAN KIK SEBELUM
PERTANDINGAN KIK
PROGRAM PINTU KE PINTU
TABIKA DURIAN TUNJUNG

PROGRAM PINTU KE PINTU
TABIKA KEMAS LUBUK TEMIANG

TAKLIMAT DAN LAWATAN DARIPADA
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH
DI PERPUSTAKAAN AWAM LABUAN

BENGKEL PEMANTAPAN
KUMPULAN KIK
PERBADANAN LABUAN

SEKITAR MPC ICC
SELURUH SABAH

PERTANDINGAN GUBAHAN AGAR-AGAR
SEMPENA HARI SUKANEKA PERPUSTAKAAN

SEKITAR PROGRAM PINTU KE PINTU
KE TABIKA / TADIKA
SEKITAR W.P LABUAN

KONVENSYEN ICC SELURUH SABAH
ANUGERAH EMAS

SUKANEKA PERPUSTAKAAN

PROGRAM CUTI SEKOLAH