Thursday, April 26, 2012

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER

BERITA PD :

2 April 2012 : Satu bengkel anjuran Perpustakaan Awam Labuan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Zon 1 w.p labuan telah mengadakan bengkel asas pusat sumber dan pengurusan perpustakaan yang diadakan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.seramai 60 orang peserta termasuk kakitangan PD telah menghadirkan diri dalam bengkel tersebut.

Antara pengisian dalam bengkel tersebut ialah pengurusan asas perpustakaan,baikpulih buku,rekod buku dan beberapa lagi aktiviti lain disertakan.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat kepada para peserta berkenaan dengan bidang kepustakawan

Bengkel seumpana ini diharap akan dapat memberikan pendedahan secara asas kepada semua pelajar yang mengikuti bengkel tersebut disamping membantu meningkatkan mutu perkhidmatan sekolah dan pihak perpustakaan awam labuan sendiri.










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.