Sunday, April 22, 2012

info islam

BAGAIMANA ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN
( sumber : SOLUSI isu 39 )

Keimanan :
kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain.Passakan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap.Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

Tadabbur :
Benar,kita tidak ada daya untuk melihat Allah,tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah.Lihatlah alam yang terbentang luas.Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh dihidupkan,inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.

Zikir :
Allah S.w.t berfirman yang bermaksud : ( iaitu ) orang ynag beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah,ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang : surah al-rad 13:28

Berimaginasi :
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah.Ada sungai dan susu yang mengalir,dilayan dengan bidadari yang cantik,tiada sedih,dan buruk sangka.Semuanya menggambarkan ketenangan.Fikirkan,layakkah kita menjejaki ke sana?bagaimana harus kita kesana?syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

Doa :
Besa antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa.doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.Allah S.W.T berfirman :yang bermaksud : " dengan tuhan kamu berfirman : berdoalah kamu kepada -Ku,nescaya akan Aku perkenankan doa dan permohonan kamu.sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina: surah al,mu"min 40:60.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.